assalmualikummm...
nie n3 pasal mengenai kajian hadis tntg tanda2 hari kiamat yg aku n3 kat bwh....
ade member aku ckp, asal x letak link kat n3 yg kat bwh nie....
hahaha.... nampak mcm perompak erk??? huhuhu...
tpi btol gak ckp member aku tue...
ok, ni link pasal n3 lepas yg aku amik kat facebook...
aku ingatkan klu bab2 berdakwah, memberi pringatan xperlu kpd link2 nie... hehehe...
skrg aku dh bgi link dia.. so, ade mcm perompak lgi ke?????

http://www.facebook.com/inbox/?folder=[fb]messages&page=1&tid=1182447015842

ok, tue saje n3 kali nie.. hahaha...
selamat beramal... wsalaam...

SUBHANALLAH!!!subhanallahh..waktu2 gempa di indonesia :
di Tasik 15:04 ,
di Padang(gempa pertama) 17:16 ,
diPadang(gempa kedua) 17:58 ,
gempa di Jampi(ke esokkannya dr padang) 08:52...
cuba lihat surah dan ayat Quran berdasarkan waktu2 ini..Ya Allah,Maha Besar...manusia memang menzalimi diri mereka sendiri....

1.dan Kami tidak membinasakan suatu negeri melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya. Al-hijr 15:4

2.dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi apabila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu). Al-Isra 17:16

3.dan tidak ada satu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz). Al-Isra 17:58

4.(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Maha Kuat lagi sangat keras siksaanNya. Al-anfal 8:52

Komen ini telah menarik minat saya untuk menyelidiki kembali tentang gempa bumi ini. Setelah saya memeriksa kembali waktu gempa bumi seperti yang dinyatakan oleh beliau, saya mendapati ada dua waktu yang pasti betul, iaitu gempa bumi pertama di Padang, iaitu pada pukul 17.16 dan gempa bumi di Jambi pada pukul 08.52. Adakah ini petanda dari Allah? Atau kebetulan?

17.16
Diambil dari sini!
Gempa bumi dengan magnitud 7.6 yang melanda Sumatera Barat kira-kira 5.16 petang waktu Indonesia Barat semalam mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk, seperti Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky.

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
Al-Israa ayat 16. (17:16)



08.52
Dipetik dari sini!
Jambi (ANTARA News) - Gempa bumi tektonik berkekuatan 7,0 Skala Richter (SR) yang menggoncang Kabupaten Kerinci, Provinsi Jambi, Kamis pukul 08.52 WIB di 46 Km tenggara Sungaipenuh, di kedalaman 10 Km, merusak lebih dari seribu rumah warga di sejumlah desa di daerah itu.


(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.
Al-Anfaal ayat 52. (8:52)


Waktu-waktu lain saya tidak dapat pastikan kebenarannya. Mungkin betul, mungkin tidak. Apa yang mahu saya kongsikan di sini sebenarnya adalah 3 tanda kiamat besar yang telah terjadi pada tahun ini sahaja secara berterusan!

Seperti sabda Rasullulah,
Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
Hadis Riwayat Muslim

Tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab. Hal ini saya tidak perasan sebelum ini, tetapi pada malam ini tiba-tiba terdetik tentang perkara ini. Entah kenapa tiba-tiba hati saya terdetik untuk menyelidiki tentang hadis ini secara lebih mendalam lagi.

Apa yang mahu saya tegaskan di sini ialah, ketiga-tiga gempa bumi itu telah berlaku dalam tahun ini sahaja!

Pertama, gempa di timur.
Perkara ini baru sahaja berlaku di Padang, Indonesia. Tidak perlu saya ulas lanjut tentang gempa ini kerana saya percaya anda semua sudah sedia maklum tentang gempa bumi ini. Sedikit gambar-gambar mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia.

Gempa bumi di barat.
Gempa bumi di barat telah berlaku di bandar L'Aquila, Ital pada 6 April 2009i. Seramai 90 orang meninggal dan 10 000 orang kehilangan tempat tinggal akibat gegaran 6.3 pada skala ritcher.


Gempa bumi di Semenanjung Tanah Arab

Dipetik dari Kosmo!
RIYADH - Perkhidmatan pemantau gempa bumi Arab Saudi menggesa penduduk di beberapa buah kampung di barat negara itu berpindah selepas gegaran berukuran 5.39 pada skala Richter dikesan berlaku.

Pusat Gempa Bumi dan Gunung Berapi Kebangsaan Arab Saudi menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu gempa bumi yang berlaku menjelang Subuh itu tidak menyebabkan kerosakan, kematian atau kecederaan.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan semalam meminta penduduk di lima buah kampung di barat kota Mekah supaya berlindung di khemah-khemah perlindungan yang dibina oleh pihak berkuasa.

Stesen-stesen televisyen Arab melaporkan bahawa kebanyakan penduduk sudah berpindah ke pusat perlindungan itu.

Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng perubatan selepas orang ramai membuat aduan mengenai bau yang tidak menyenangkan akibat gempa bumi itu.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter turut dikesan berlaku di kawasan sama. - AP



Adakah tanda-tanda yang ditunjukkan ini hanyalah kebetulan semata-mata? Terpulang kepada anda untuk menafsirkannya. Tujuan saya menulis artikel ini hanyalah untuk peringatan kepada saudara seislam saya. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.


Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)

salam peperiksaan kpd sahabat2 di UKM mahupun sahabat yang berada dimana-mana yg sedang meniti alam peperiksaan.. goodluck korg semua...

do the bets on your life... hehehe..

dah lama x update blog aku nieh... coz memberi layanan kat facebook melebihi yg lain... hehehe.... (@_@).. dh naik giler lain FB tue... hahaha...
wlupun dah mcm xde org bukak blog aku nie... aku x kesah... huhuhu...
*( tuanye sendiri pon jarang bukak).... hahahaha....
dah nak abis sem 3 utk sem 1 tahun 2.....
pasni ade 2 program :
1: OPKIM PERMAJ di Muar Johor...
2: Kursus Pertolongan Cemas dan Kepimpinan SUKSIS di Langkawi...
dan aq m'gorbankan OPKIM utk join latihan suksis....
nak sgt gi OPKIM... tpi nk wat cmne.... xde rezeki..
aku doakan exco2 PERMAJ berjaya menjalankan OPKIM kali nie...
dan dilangkawi aku harap dapat rasa kenikmatan "bersahabat" sepertimana didalam PERMAJ...
jom kite ENJOY.....!!!!! hehehe...

SELAMAT MAJU JAYA WAHAI SAHABATKU........
dedikasi utk : kak sue, kong, joe, ros, ira, dayah, mas, habib, pie, akmal, zharif, kak zana dan Warga PERMAJ.... semoga sukses slalu, amin...
ASSALAMUALAIKUM...




Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....


-dipetik dari tazkirah ramadhan-


MERDEKA.. MERDEKA..MERDEKA....

alhamdulillah, Malaysia sudah merdeka kali yg ke 52...
terima kasih datuk dan nenek ku...
kamu lah perjuang sejati... bkn hanye memperjuangkan negara, tetapi agama juga...
nikmat ini... perlu disyukuri....
nikmat ini... perlu diwarisi....
nikmat ini... mesti diperjuangkan....
semoga roh2 pejuang negara dicucuri rahmat dan keredhaan Allah swt hendaknya..
aminn..

p/s : alhmdulillah.. thun ini tiada smbutan kemerdekaan yg melalaikan seperti thun2 sblm nie... sepatutnya diteruskan utk masa2 akan dtg....

kring... kring... kring... jam lonceng kat seblah telinga aku berbunyi.
kriiinnnggggggg.. dan terus menjerit tanpa berhenti..
tiba2 senyap!!!! nape?? rosak ke???
rupe2 nye roomate aku yg nyenyak tidur yg matikan... haha..
huh... jam bunyi x bangun, jam dah mati baru bangun... hahahaha.... pelik!!!
nasib baek la roomate aku nie x campak jam tue kat muke aku.. ahaha..
sabar2.. bulan pose nie...

dan n3 kali ini adalah pasal "cmne nak bangun senang".. agar org2 yg cm aku nie senang nak bangun.... then, mudah la mereka utk beribadat disiang hari... antara yg aku suggestkan utk memudahkan bangun seperti berikut :

firstly : ur mind set.. set jam dikepala korg nak bangun kol brape, dan sape nak solat sunat malam, set awal ckit kat pale otak tue... seriusly insyaallah berhasil, sebb kite dah set kat otak...

2. set alarm kat hendset... alam pertama itu mestilah riging tone "azan", yg kedua lagu nasyid yg berjudul "selimut putih"....perghh, korg setkan volume dia kuat2, agar biar jelas maksud dia... meremang bulu roma beb... n last, ko pasang riging tone yg berbunyi " kiamat, kiamat, kiamat"... nescaya anda bangun... hahaha.... setiap 2 minit dia ulang balik.. okeys..

3. terus bangun dari tidur, walaupon korg masih mamai dan pening2 lalat. then korg terus masuk bilik air basuh muke... hahaha.. mesti sush nak wat kan, tpi.. nak bgun awal x??? hahaha...

4. korg suh la kwn2 korang kejut smpai bangun, klu x bangun gak.. simbah je ngan air panas.. biar ko masuk wad.. hahaha.. mesti pasni fobia gile r... hahahaha...

5. ermmm... korg tidor kat masjid or surau... bile subuh je jemaah akan mengejutkan korg.. hahaa.. mesti ade rasa "malu" klu korg tetap liat2 nak bangun lambat... hahaha.. tpi, korg terus berjemaah solat subuh.... kan bagus.. hahahah...

6. korg letak speaker kat telinga korg, bila waktunya dah tiba mesti korg terkejut beruk nyer r... hahaha... wlupon telinga sakit, insyaallah berhasil.... hahahaha...

cmne ngan cadangan2 yg aku suggestkan??? ok kan??? hahahahaha...
insyaallah dgn tips2 yg ckit ini akan menyebabkan korg bangun subuh...ahahhaa...
contohi lah cik ayam.. kerana 4 pagi dia dah kejutkan org..
bertapa banyaknya pahala yg ayam dpt kan... hue3...
thanks ayam kerana kejutkan kwn aku yg masih tidoorrrr.....
kat UKM nie ade ayam ke???

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM YA RAMADHAN
ramadhan datang lagi menyingkap seribu kerahmatan dari ALLAH swt.
diucapakan selamat menunaikan ibadat puasa dan selamat menunaikan ibadat-ibadat yang difardhukan dan disunatkan...
semoga ramadhan kali ini membawa seribu kenikmatan, keimanan dan keinsafan dalam diri kita, amin....



KULLU A'M WA ANTUM BIKHAIR...
semoga anda dalam keadaan kebaikan dalam ramadhan kali ini...

p/s : kp kawan2 yang tadkhin ( merokok ), ambilah kesempatan bulan mulia ini untuk mengurangkan rasa ingin merokok anda itu...

wa akhiran, selamat berpuasa..:)

Walid wa Ummi

Walid wa Ummi

About me

simple person... haha.. aku suke pakai baju pagoda dan kain pelikat bila di rumah mahupon di hostel... angin akan masuk menderu bile berkain pelikat.. hahaha.. nyaman je beb...sejuk...gigil..hahahha...

aku pendiam, x peramah sgt...

x tau la sbb pe..

yg penting bkn tekanan perasaan.. hahahahaha...

sUksiS vs JamEs BeaN

sUksiS vs JamEs BeaN

Followers

permaj adalah kita. kita adalah permaj

permaj adalah kita. kita adalah permaj